Protes George Floyd
Protes George Floyd

Protes George Floyd

Protes George Floyd merujuk kepada beberapa siri protes dan rusuhan yang masih berterusan terhadap isu kekejaman polis yang asalnya bermula di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di Minnesota sebelum merebak di seluruh Amerika Syarikat dan kemudian di seluruh dunia.[2]Ketidakstabilan di Minneapolis mula berlaku pada 26 Mei 2020, selepas kematian George Floyd. Demonstrasi asalnya dibuat secara aman tetapi kemudian menjadi ganas. Orang awam mula membakar bangunan dan membaling objek ke sebuah balai polis di presint tiga.Pada 1 Jun, terdapat tunjuk perasaan di lebih daripada 200 bandar di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa yang menyokong mereka yang menuntut keadilan untuk Floyd dan juga menentang keganasan polis yang berlebihan. Sekurang-kurangnya 12 bandar besar mengisytiharkan perintah berkurung pada malam Sabtu, 30 Mei,[3] dan pada 31 Mei, gabenor di 15 negeri (termasuk Minnesota) dan Washington, DC telah memanggil Pengawal Nasional, dengan lebih dari 5,000 tentera diaktifkan.[4][5] Dari awal tunjuk perasaan hingga malam 1 Jun, sekurang-kurangnya 5,600 orang telah ditangkap.[1]

Protes George Floyd

Tarikh 26 Mei 2020 – sekarang
Matlamat
  • Secara umumnya menuntut bela terhadap kematian George Floyd
  • Menentang kekejaman polis terhadap orang kulit hitam
  • Menentang perkauman sistemik terhadap orang kulit hitam
Ditangkap 11,000+
Lokasi Amerika Syarikat
Maut 21+[1]
Punca Reaksi atas insiden kematian George Floyd oleh Jabatan Polis Minneapolis
Hasil Sedang berlaku
Kaedah Rusuhan besar-besaran, curi, serangan, pembakaran, tunjuk perasan, kerosakkan harta benda

Rujukan

WikiPedia: Protes George Floyd http://www.cbsnews.com/news/how-the-black-lives-ma... https://apnews.com/a2797b342b4fc509e43f404817a56aa... https://www.bbc.com/news/world-us-canada-52886593 https://www.bostonglobe.com/2020/05/28/nation/geor... https://www.businessinsider.com/national-guard-tro... https://www.cbsnews.com/news/minneapolis-police-fa... https://www.cnn.com/2017/06/16/us/philando-castile... https://www.cnn.com/2020/05/29/us/derek-chauvin-cr... https://www.cnn.com/2020/05/29/us/george-floyd-new... https://www.cnn.com/2020/06/01/us/george-floyd-ind...